Hye, strangers nice to meet you ^^

Friday 1 April 2011

Macamana Nak Maju?!






Assalamualaikum!Sihat tak?Maklumlah sekarang nie musim batuk,selsema dan demam so kena banyakkan minum air kosong. Entry kali nie bukan nak citer pasal demam ke ataupun selsema.Kita nak bercerita tentang peniaga.Ada apa dengan peniaga?Nak tahu lebih lanjut sila ikuti drama swasta yang disediakan oleh penulis.






Suatu petang digerai Kak Mina:


Pak Cik A:"Mina oiii Mina mana menunya nie aku nak order nie!"


Dengan lenggang mak minahnya Kak Mina pun membawa menunya

Pak Cik A:Lain kali kaulah kena layan pelanggan takkan pelanggan nak layan kau pulak,nak meniaga ke tidak?Dah tau ada pelanggan cepat-cepatlah datang. (kata Pak Cik A dengan nada suara yang dah standby nak penyepak Kak Mina)




Suatu petang diwarung Wak:


Mak Cik Limah: Wak aku nak tanya nie apa bezanya mee basah dengan mee kering?(kata Mak cik Limah sambil menggaru kepalanya)



Wak:apa ke bodohnya kau nie Limah,yang basah aku letak dalam air yang kering aku keringkan dengan hair dryer,itupun tak boleh nak bezakan ke?

Mak Cik Limah:Humaghaiih kasarnya bahasa nak bertanya pun tak buleh CANCEL lah makan kat gerai kau nie.(kata Mak Cik Limah dengan kecewanya)




Perasan tak setiap kali kita nak makan dekat restaurant, yang amek order tu macam nak tak nak je,betul kan kan kan?
Lepas tu dah tau ada pelanggan datang buat tak tahu jew,sampai pelanggan pulak yang mencari orang nak order.
Kalau nak meniaga buatlah betul-betul bagilah service yang terbaik,kata nak meniaga ha buatlah dengan cara yang elok.
Lagi satu,sebelum bukak kedai bersihkanlah dulu kawasan gerai korang barulah ada feel nak makan takkan nak makan dengan sampah sarap yang bertaburan kowt?


Nasihat penulis,kalau nak berniaga plan baik-baik dulu.Lagi satu kalau nak meniaga kedai bukak lah selalu jangan hari nie bukak, besok tutup dan selang seli kalau macam nie pelanggan pun naik fed up tau?
Orang melayu kita bukannya tak boleh berjaya,boleh tapi semangat tak ada dan yang paling penting KERJASAMA!



Followers