Hye, strangers nice to meet you ^^

Thursday 8 September 2011

I'm ok and I'm fine





Hello everybody?How's your day? Ha mulalah tu nak kutuk-kutuk kata belagak cakap Omputih mata tak biru pun?


Inilah masalah segelintir masyarakat Malaysia yang tak suka apabila orang Melayu 'berspeaking'.....Walaupun tujuan asalnyer bukan nak menunjuk tapi cuma nak mempertingkatkan atau memperkasakan bahasa Inggeris tersebut.....Baiklah kawan-kawan,saya sedia tahu BAHASA MELAYU adalah LINGUA FRANCA kita tapi pa salahnya kalau kita bercakap menggunankan bahasa Inggeris?Saya fikir tidak ada apa salahnya?


Ok statement tuh macam poyo sikit kan?Tulah cakap bahasa Melayu baku salah,cakap Bahasa Inggeris pun salah habis nak cakap Bahasa apa?Korea?Jepun?Vietnam?Kalau ikutkan hati nak cakap TAMIL biar semua orang tengok.....

Kenapa kalau seseorang tu bertudung,cakap Bahasa Inggeris akan dipandang serong merong?Salah grammer ke?Mak cik boleh betulkan? Rileks lah janganlah emosional sangat......Janggal gile pakai bahasa baku!Tak salah kowt kalau kita nak mencuba,asyik tengok omputih jew cakap Bahasa Inggeris kite pun nak jugak....Lagipun Bahasa Inggeris boleh digunakan dimana-mana sahaja....Bukan nak cakap Bahasa Melayu tak penting,sangat penting....


Tak iri hati ke tengok kawan-kawan kite yang lain boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan lancar?Bukan nak menunjuk tapi cuma satu kelebihan bila kita nak temu duga masa kerja atau mana lah tahu kalau suatu hari nanti ada mat saleh tanya direction kat kita...Ok salah cakap tanya arah pada kite...?



Yes,no, thank you,Alright?Takkan itu jew yang kita tahu?Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masig-masing mempunyai kepentingan tersendiri...Tidak semestinya kita rakyat Malaysia tidak boleh bertutur Bahasa asing....


Jom gelak guling-guling......





Followers