Hye, strangers nice to meet you ^^

Monday 18 April 2011

APINK (에이핑크) - I Don't Know MV (몰라요) ft. B2ST Kikwang



Auhhhhh so sweet i love this MV aigooo gikwang is sooo charming!

HEAVEN'S CLOUD EPSD I PART1


Panahan matahari seakan-akan ingin menguris pipiku.Aku mempercepatkan langkah kakiku agar cepat aku sampai kerumah.Peluh mulai membasahi dahiku.Aku meraba poket seluarku dan mencapai sapu tangan,lalu aku kesat peluh didahiku. Panasnya hanya tuhan yang tahu.Itulah sebabnya aku benci jalan kaki waktu tengah hari.Ini semua sebab Hasib,kalau tidak aku dah sampai rumah lama dah. Akhirnya aku sampai dimuka pintu banglo mewah milik keluargaku itu.Kelihatan mama sedang menanati aku dipakir kereta dengan wajah gelisahnya. "Hasib mana?"Aku mencekak pinggangku. "Ada dalam bilik,dia baru balik dari sekolah.Kenapa dia tak tunggu Hara?"Mama mengerutkan dahinya. "Gilalah Hasib tu,penat tahu tak Hara jalan kaki."Aku merungut. "Aku mencampakkan kasut sekolahku dan masuk kedalam rumah.Mama menghulurkan segelas air kosong kepadaku.Aku meneguk air tersebut sekali gus. "Hara nak mandi, panas."Aku mengheret bag sekolahku. "Lepas tu turun makan."Mama hanya tersenyum melihat gelagat aku. Aku hanya mengangguk lemah. Sebaik sahaja aku ingin membuka pintu kamarku Hasib baru sahaja mahu keluar dari kamarnya yang terletak bersebelahan kamarku. "Hoi Hasib,berani kau tinggalkan aku?"Aku menarik telinga Hasib sekuat hatiku. "Hoi,sakitlah Hara."Hasib mengerutkan dahinya. "Aku penat tahu tak!"Aku menjerit sekuat hatiku. "Chill lah adek,kau lambat sapa suruh?"Hasib ketawa. "Aku kan dah pesan suruh tunggu aku kejap,jurulatih nak jumpa aku lah bodoh!"Aku menyepak kaki Hasib. "Kuang ajar!Aku nie abang kau tau tak?"Hasib mengangkat keningnya. "Blah lah kau,buat sakit hati jew."Aku masuk kedalam kamarku dan menghempas pintu kamarku itu. "Melawan!Kau nak jadi adek derhaka ke ha?"Hasib memekik. "Apa yang bising-bising nie Hasib." Suara mama kedengaran. "Tak ada apa ma,Hara nie gila sikit."Hasib ketawa. Aku meletakkan bag sekolahku disisi meja tulisku. Aku merebahkan tubuhku diatas katil empuk itu.Penat bercampur marah. Itulah Hasib,abang aku yang selalu buat aku tension!Tengok muka dia jew aku dah menyampah. Aku megeluh panjang. Aku bingkas bangun,dan mencapai tuala lalu aku masuk kedalam bilik air.Kesejukan air meredakan kemarahan dan juga kepenatan aku.Setelah sejam lebih berendam dalam bilik air baru aku perasan yang aku dah lama sangat dalam bilik air. "Hara,cepat turun makan semua orang tengah tunggu Hara."Mama mengetuk pintu kamarku.Aku bingkas mencapai t-shirt dan seluar.Rambut aku yang masih basah aku tidak hiraukan. Aku berlari menuju ke meja makan. Kelihatan papa,mama dan Hasib sedang berbual-bual.Kutuk aku barang kali. "Ma."Aku tersengih. "Kau ingat,kau tu Tuan Puteri nak suruh orang tunggu?"Hasib menjeling aku. "Memang pun kan papa."Aku tersenyum sinis. "Depan rezeki jangan bergaduh,tak baik."Mama mengerutkan dahinya. Aku dan Hasib terdiam.Papa secara tiba-tiba ketawa. "Hasib dangan Hara nie kalau sehari tak gaduh tak boleh ke?"Papa merenung wajah aku dan Hasib. "Pa, Hasib nie yang mulakan dulu.Hara cool jew."Aku ketawa. "Eleh,apa-apa jela joyah."Hasib mencebikkan mulutnya. "Sedapnya lauk hari nie!Tomyam."Aku mengomel. "Cepat makan,lepas nie ikut mama."Mama mencedokkan nasi buat aku. "Ikut mama?Pergi mana?"Aku bingung. "Hari ni stok baru nak datang,Hara dengan Hasib kena tolong mama."Mama tersenyum manis. "Mesti pergi ke Ma?"Hasib mencebik. "Tolonglah mama,staff mama tak ada ramai hari nie.Diaorang ada kat cawangan lagi satu buat promosi."Mama merayu. "Oklah kalau macam tu."Hasib mengeluh panjang. Mama mempunyai butik pakaian,kalau terdesak macam hari ni aku dan Hasib akan tolong mama.Selalunya kami dibayar,tapi aku tak kisah.Sebab aku buat semua kerja tu demi mama. Senyap sunyi!Bila time makan kita orang selalunya tak banyak cakap.Sebenarnya itu arahan daripada papa.Hasib pun tak berani nak bantah inikan aku. Dalam sejarah hidup aku,aku tak pernah pun panggil Hasib abang.Ntah aku tak biasa,Hasib pun ok what. Setelah selesai menjamu selera aku membantu Mak Jah pembantu rumahku untuk mencuci pinggan mangkuk. "Tak payah lah tolong,pergi rehat."Mak Jah melarang aku untuk membantunya.Selalunya memang macam tu lah perangai Mak Jah. Aku kembali keruang tamu. "Cepat siap,nak pergi dah nie."Mama memperbetulkan tudungnya. "Superb betul mak aku nieh,laju giler dah siap."Aku mengomel. "Kau nie kan terhegeh-hegeh macam kura-kura."Hasib menolak bahu aku. "Diamlah Hasib."Aku menjeling Hasib. Aku menguak pintu almari pakaianku.Lantas aku mencapai seluar jeans kegemaranku dan t-shirt polo berwarna merah. Aku mengikat kemas rambutku yang panjang. Secalit lip gloss sudah mencukupi dan blusher. Muka aku tampak pucat tanpa blusher. Aku berlari anak menuruni tangga banglo itu. Pantas aku mencapai kasut dan menyarungkannya.Hasib dan mama sudah pun berada didalam kereta BMWX6 milik mama. Aku membuka pintu kereta itu dan mendapatkan tempat bersebelahan Hasib. Mama lebih selesa duduk dibelakang. "Hamboi,cantiknya adek aku."Hasib mengenyitkan matanya kearah aku. "Cantik ke Hasib?"Aku tersengih. "Urm,bolehlah."Hasib ketawa diikuti mama dan aku. Kalau sehari tak menyakat aku bukan Hasib namanya.BMWX6 milik mama menyunsur laju meninggalkan perkarangan banglo kami. "Give me my shades Hara."Hasib mencuit tangan aku.Aku masih terkial-kial mencari cermin mata hitamnya. "Nah."Aku menghulurkan cermin mata yang dimintanya. "Ok,kamsahmida."Hasib ketawa. "Kau perli aku ya Hasib?" Aku mengetap bibirku. Aku masih ingat kejadian yang betul-betul buat aku malu.Aku memang suka tengok cerita korea tapi sampai terbawak-bawak cara percakapan orang korea tu. Masa tu aku tengah jaga butik dengan Hasib.Mama tak sihat time tu.Adalah sorang aunty cina nie.Masa tu dia dah selesai bayar baju yang dia nak beli,yang aku nie pulak ntah macamana tercakap 'kamsahmida' pada dia siap tunduk lagi tu. Aku tak sengaja! Aunty tu pun tercengang.Hasib pulak,apa lagi terguling-guling ketawakan aku. "Mama tahu tak Hara nie suka sangat berangan!"Hasib ketawa. Aku mencebik. "Apa-apa ajelah korang berdua nie."Mama tersengih. Sepanjang perjalanan ke butik mama,aku dan Hasib tak habis-habis bergaduh.Kadang-kadang mama cuba meleraikan kami,tapi tertanya sia-sia. Perjalanan yang mengambil masa 40 minit itu berakhir apabila kami sampai di butik pakaian mama. Aku cepat-cepat turun dari perut kereta, dan menuju ke pintu utama butik yang serba putih itu.Mama memang mengemari warna putih,oleh kerana itu dia mengambil keputusan putih adalah tema butik tersebut. "Hai Kak Mia and Kak Aina!"Aku memeluk erat dua pekerja mama itu. "Hye budak kecik,macamana boleh lagi tinggi dari Kak Aina nie?"Kak Aina ketawa. "Makan banyak vitamin."Aku tersengih. "Hello Kakak-kakak sekalian."Dari jauh kedengaran suara Hasib. Bising betul mamat nie.Aku menjelingnya tajam. 


TO BE CONTINUE

HEAVEN'S CLOUD


STARRING:

SON DAMBI(HARA SERLYNN)


EUN HYE(STARRY)


SONG JIHYO(RAINA)


KIM JAEJOONG(RYAN)


T.O.P(HAFIDZ)


DAESUNG(HASIB)





SINOPSIS:
Hara(SON DAMBI)seorang gadis yang lasak dan aktif.Namun disebalik sifat serba bolehnya itu tersimpan seribu rahsia tentang dirinya yang sebenar.Hara adalah gadis yang tidak mudah dikalahkan oleh sesiapa sahaja kerana dia seorang yang bercita-cita tinggi dan perinsip hidupnya ialah,jikalau dia menghendaki sesuatu maka dia akan berusaha tidak kira apa pun.Bercita-cita untuk menjadi seorang doktor kerana dia ingin menyelamatkan seseorang yang amat penting dalam hidupnya.Berlainan dengan abangnya HASIB(DAESUNG)yang suka melakukan pekara yang tidak berfaedah dan tidak pernah serius dalam apa-apa pekara yang dilakukannya. Raina dan Starry (EUN HYE&SONG JIHYO) adalah rakan karib Hara.Kehadiran RYAN(KIM JAEJOONG) mengubah segala-galanya tetapi situasi berjaya dikawal dengan kehadiran Hafidz(T.O.P)
Menceritakan kisah percintaan dialam persekolah dan juga cita-cita...Berjayakah Hara menjadi seorang doktor?


DIREKA OLEH:ALIYA ILLYANI ANAS^^

Followers