Hye, strangers nice to meet you ^^

Wednesday 6 July 2011

SELAMI JIWA


pernah fikir macam mana orang gila boleh jadi gila? Tahu apa gila dan tekanan jiwa? Kita selalu kutuk orang gila,cakap dia busuk dan kita siap maki hamun dia.Walaupun dia tak buat apa-apa pun pada kita. Tahu tak apa itu tekanan jiwa? Mungkin bagi kita benda tu tak penting tapi sebenarnya ramai dari kalangan kita yg mengalami pekara ini. Orang gila sebenarnya tak gila tapi mengalami masalah tekanan jiwa. Bila otak kita tak dapat terima sesuatu dan otak kita dipaksa untuk menerimanya maka terjadilh tekanan jiwa. 

Kenapa ramai orang mengambil jalan mudah iaitu BUNUH DIRI? Tekanan jiwa adalah dorongan utama masalah Bunuh Diri. Sebenarnya orang gila yang kita duk kata tu pun sebenarnya tak minta nak jadi macam tu.Sebabkan tekanan hidup ataupun masalah peribadi depa jadi macam tu. Bagi kita yang islam digalakkan sembahyang supaya kita dekatkan diri pada Tuhan bukan sahaja menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang penganut agama islam tapi untuk menenangkan JIWA kita. 


baca al-quran juga salah satu cara menenangkan JIWA kita,tak percaya?Cubalah dulu....Alhamdulilah dan syukur pada Tuhan kerana kita masih ada Dia dan masih boleh berfikir secara waras sebelum bertindak. Mungkin ada yang kata,orang agama ISLAM pun ada bunuh diri? Itu adalah disebabkan kekurangan IMAN dan mereka itu tidak takut pada TUHAN dan tidak berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu. Pendek kata ikut HATI MATI!

Cuba kita perhatiakan gerak geri orang yang mengalami tekanan jiwa.Kadang-kadang dia cakap sorang,kadang-kadang dia menangis dan kadang-kadang dia gelak sorang-sorang. Pernah tak fikir apa sebenarnya yang menggangu fikiran diaorang? KESIAN. Sebab itu kalau ada masalah ceritalah pada kawan atau sesiapa sahaja yang kita rasa selesa untuk berkongsi masalah kita sebab dengan meluahkan masalah kita sekurang-kurangnya beban yang kita pikul terasa berkurangan walaupun sikit.

Jangan anggap orang yang mengalami tekanan jiwa tu semuanya gila,TAK! Sebenarnya diaorang just tertekan itu saja. 



Followers