Hye, strangers nice to meet you ^^

Saturday 16 April 2011

IMPROVING YOUR LOOKS?



Improving your looks?But not your brain?But why people? Kenapa kita lebih pentingkan kecantikan dan kehandsomeman daripada OTAK kita? Wanita zaman sekarang amat sensitif tiap kali penampilan mereka diperbualkan.Kalau boleh semua nak perfect,come on lah girls sekali sekala tak perfect ok what.Penatlah nak tempek bedak 24 hours sebab nak tampak cantik?Itu namanya pembohong! Orang just nampak kita bile pakai make-up tapi bila kita tak pakai?Ada orang nak pandang kita?Be yourself! Tak perlulah nak jadi orang lain.Diri kita dah cukup terbaik kalau tidak takkan ALLAH cipta kita?Am i right? Biar muka tak cantik tapi hati bersih.....Harapkan muka cantik tapi hati?MASYALLAH! Cuba pergi tengok cermin,puji sikit diri sendiri bagi keyakinan diri supaya bersemangat walaupun tak pakai make up. Selalu sangat menyorokkan muka dengan make-up pun tak bagus nanti orang puji kita sebab make up tapi kalau tak ada make up?Daripada kita concern sangat pasal muka kita lebih baik kita baiki otak kita?Gaya pemikiran kita supaya kita jadi seorang yang CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG! ehem2 ok over sikit maklumlah baru balik PLKN....  Betul, improving your brains is better than improving your looks. Bila kita rajin baca buku atau pun seARch google tentang sejarah or apa2 je incase kalau foreign tanya kita tentang MALAYSIA boleh lah kita jawab dengan yakin betul tak? Kan boleh banggakan MALAYSIA..... TAK GITU^^Tak ada ler tergagap?



LOVE AT FIRST SIGN

sejak dah abis sekolah nie macam nyanyuk pun ada,kadang-kadang aku tanya diri sendiri kenapa aku tak pergi sekolah.Hello kakak dah tua kakak.....Biasalah tu normal what nyanyuk.Bukan nak cite pasal nyanyuk sapa kat sini ada cinta pertama?Sila angkat jari kaki anda? Haah mesti ada kan?Well aku pun ada gak nak nengok gambar dia?





Dah dah, tutup mulut tu sopan sikit!Urm love at first sign,kata omputih la.Memang susah nak alihkan pandangan bila aku dah tengok JAEJOONG.....Keke.Serius dialah yang buat aku tak tidur malam dan agak susah nak bercakap. Korang konpem ada cerita masing-masing kan pasal cinta.Ha tak payah aku tak nak dengar ahahahha kejam kan kan kan.Kalau tak, bukan ALIYA ILLYANI namanya ok. Buat apa ada pakwe atau makwe tapi menyakitkan hati?Buat apa ada pakwe makwe tapi tak boleh harap.Aku nasihatkan lebih baik belajar dulu sampai tinggi2 lepas tu barulah nak fikir pasal jodoh. 

Lebih baik sayangkan mak bapak dulu, lepas tu lantaklah korang nak sayang sesiapa pun.




KIM JAEJOONG^^


pehal jeolus aku tulis nama pakwe aku besar2?Hahah tulislah nama pakwe korang kat tempat lain....
                                                                      

ORANG MELAYU


Kenapa dengan orang MELAYU?Memang banyak masalah pasal orang MELAYU nie walaupun aku pun orang MELAYU tapi aku tetap tak puas hati dengan orang MELAYU sebab apa?

1)Pemikiran ORANG MELAYU

GENG MOTOR

3 hari lepas,aku dalam kereta time tu.Hujan memang lebat kilat pulak sambar menyambar(mcm dlm drama melayu plak kan kan) =-= ok lepas tu aku pun nampak lah geng motor yang bawak motor macam nak terberak! Laju giler macam kena kejar babi hutan.Aku pun terfikir.apa ke cerdiknya budak muda zaman sekarang,tak fikir ke jalan kan licin kalau bawak motor laju tak ke bahaya?Aku rasalah kan geng motor tu sia-sia je TUHAN bagi otak tapi tak nak guna. Kowt iyer pun takut basah tak boleh ke berhenti tepi jalan cari tempat teduh?Siap boleh bergurau lagi tu masa bawak motor,apa kau hengat jalan tu untuk bersuka ria ke?Bila dah jatuh tau pulak menyesal bawak laju-laju tapi sebelum tu kenapa tak fikir?Tuhan bagi kita otak supaya kita berfikir,dan tahu apa yang baik apa yang buruk. Tak sayang nyawa ke?Hidup cuma sekali je kenapa nak sia-siakan nyawa sendiri?

GENG MUDA

benda nie baru jew berlaku tadi,pagi tadi gi makan mee kicap kat kedai pak cik Ram dengan pakwe and makwe akulah(mama n abah),memang penuh lah sebab cuti kan.Aku pun cari lah tempat nak duduk.Ada lah sekumpulan mamat smart.Pakai macam orang yang tinggi ilmunya tapi sayang IQ x de.Kenapa aku cakap macam tu?Dah tau orang tengah ramai tak ada tempat tak reti nak bangun ke?Boleh pulak hisap rokok lepas tu sembang-sembang. Salah sorang daripada geng tu perasaan yang aku dok jeling geng dia,dia pun dengan rasa berat hati nak meninggalkan kerusi dia tu pun ajak kawan-kawan dia bangun.Lepas tu dia tengok aku lagi.Aku pun apa lagi jeling maut ah.Lepas tu tak berani dah pandang aku.Tak guna pakai baju jenama POLO,kasut HUSH PUPPIES kalau benda simple macam tu pun tak boleh nak pikir.Dah tau orang tak ada tempat cepat-cepat lah bangun bagi orang duduk ini tak siap boleh bergelak tawa girang.Aku rasa kalaulah orang putih tengok cara diaorang tu konpem dia tak nak datang MALAYSIA dah taubat!

GENG MELUDAH

apa korang rasa kalau tengah syok-syok jalan tetiba jew orang kat depan korang meludah?
Kalau lelaki aku boleh tahan lagi tapi kalau perempuan?Sopan ke kalau meludah?Orang MELAYU pulak tu.Tak boleh ke meludah dalam toilet?Tolonglah jangan bagi orang mengata kita dengan mudah.Tunjukkanlah sifat kita yang baik.Perempuan tak elok meludah mak cik oiii.Tahan lah kalau yew pun.Bukan setakat jijik tapi mengotorkan kawasan kaki lima tu.

GENG BUANG SAMPAH

tengah syok-syok naik kereta tetiba plastik minuman melekat kat cermin kereta. "KUANG ASAM BETUL!"Hey pemandu yang terlampau berhemah dimana otak anda?Buang sampah atas jalan raya,sekolah kat mana weihhh?Tolonglah fikir dulu sebelum buat sesuatu.Bahaya tau tak kalaulah cermin kereta belakang terlekat plastik, had penglihatan bagi pemandu tu akan berkurang,kalau tak nampak ada lori kat depan lepas tu apa jadi? Tak ICU,CCU lah jawabnya.Sebabkan kita orang lain susah. Tak boleh ke simpan dulu sampah tu dah jumpa tong sampah barulah buang.Susah sangat ke nak buat benda yang baik?Buang sampah merata-rata memanglah amalan orang yang tak ada otak.

GENG TUDUNG 

aku paham,orang perempuan suka melaram.Sapa tak suka cantik kan?Tapi janganlah over sangat.Pakai tudung tapi pakai LEGGING,macamana tu?Legging tu ketat ikut shape badan tak ke kalau orang lelaki nampak akan menimbulkan pekara yang tak diingini.Cara pemakaian tu elok-elok lah sikit.Pakai t-shirt lengan pendek tapi pakai tudung?Aigooo,nak cantik tak salah tapi berpada-pada.Pakai lah pakaian yang bersesuaian.Malu tak kalau orang bukan islam tanya kenapa ada orang islam tak pakai tudung?Kenapa ada orang muslim pakai short? Apa kita nak jawab?! Sampai dia orang pun pelik tengok kita. Nak pakai short pakailah kat umah kat luar jangan lerrr.Korang marahkan bila orang mengata korang?So pakailah tudung atau baju yang elok,sedap mata memadang!

GENG ROKOK

pak cik saya tahu lah pak cik suka rokok tapi kalau nak merokok carilah tempat yang sesuai!Takkan nak merokok kat tempat makan?Bayangkanlah sambil makan sambil hidu asap rokok tak ke jijik!Sebelum merokok cuba fikir.Aku nie kat tempat awam tempat makan pulak tu so logik ke kalau aku nak merokok.Kalaulah minda perokok macam tu alangkah bahagianya!Benda mudah janganlah disusahkan sampai nak kena orang mengata baru nak berhenti merokok.Lagi satu rokok tu tak baik untuk kesihatan ok!

GENG KAYA

semua orang ada nasib yang berlainan,ada yang tuhan bagi rezeki kat dia lebih dan ada yang kurang.Tapi itu bukan tandanya TUHAN tak sayang kita tapi dia nak kita berusaha. Aku sedia maklum kalau orang kaya takkan makan kat gerai apa lunch kan nak makan kat gerai.Tapi kalau orang cina pakai BENTLEY elok jew aku tengok makan kat tepi gerai dengan gaya selambanya.Tak pulak dia sebuk-sebuk cakap gerai tak ada taste.Orang Melayu memang mudah lupa bila dah kaya lupa semuanya.Cara cakap cara pakai. Kalau boleh nak makan kat hotel saja.Memang aku tak larang korang nak makan kat hotel sejuta bintang pun pergilah bukan guna duit aku tapi TOLONG JANGAN MENGHINA ORANG MISKIN!Tuhan kalau Dia nak tarik nikmat kaya korang tu bila-bila masa ajer,sedarlah. Jangan nak cakap kecohlah pakai ferari tak makan gerai,so what?Pandang orang pun semacam jew.Tak payah nak belagaklah setakat kaya tapi otak tak ada buat apa?Setakat kaya budi bahasa entah kemana buat apa?Sepatutnya kita bersyukur sebab TUHAN bagi kita nikmat kaya.INGAT TUHAN YANG BAGI!



Macamana ORANG MELAYU nak maju kalau pemikiran mereka cetek?Bukan semua orang MELAYU tak bagus,tapi segelintir.Sebab segelintir tulah ORANG MELAYU dipandang rendah oleh orang lain.Buatlah sesuatu supaya ORANG MELAYU bangkit!Buka minda supaya berfikiran lebih kehadapan!
INGAT PEPATAH HANG TUAH


TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA!

P/S:KALAU AKU CAKAP KASAR MAAFKAN LAH YEW^^


Followers