Hye, strangers nice to meet you ^^

Thursday 21 April 2011

BUNUH DIRI TAKKAN KEMANA.......


Statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun lepas, seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri. Bagi tempoh sama di Singapura, nisbahnya adalah 15 hingga 20 orang bagi setiap 100,000, juga mati sebab bunuh diri. Di Korea, negara yang mana statistik bunuh dirinya menjadi antara yang tertinggi di dunia, menyaksikan 15 hingga 44 rakyatnya mati bunuh diri.Jangan terkejut apabila remaja dalam lingkungan 12 tahun juga terbabit didalam kes bunuh diri nie.......

Bagi orang Islam,aku pun tak tahu macamana nak cakap lagi.Bukan ke kita sedia tahu yang bunuh diri tu berdosa?Tapi masih ada lagi golongan yang beragama ISLAM membunuh diri sendiri.....Seolah-olah mempermainkan agama sendiri.......Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya,jangan ikutkan HATI kerana HATI kita BINASA!Setiap pekara yang kita lakukan,alangkah eloknya kalau kita fikir dahulu apa akibat yang akan menanti kita kelak apabila kita melakukannya.......Adakah anda tidak takut akan hukuman dari ALLAH S.W.T?Adakah anda rasa diri anda sudah bersedia menempuhi alam BARZAKH?


Bagi yang beragama ISLAM cuba dekatkan diri anda dengan TUHAN.....Supaya diri anda tidak terpesong jauh,ALLAH sentiasa mendengar dan tidak akan membiarkan kita didalam kesusahan.Bukankah ALLAH itu MAHA PENYAYANG dan juga MAHA PENGAMPUN?Pelbagai cara boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi,jikalau anda memerlukan teman itulah gunanya kawan.Luahkan segala permasalahan yang anda tanggung!Luahankan masalah pada bintang pun boleh,korang mesti pelik kan binatang paham ke?Sapa kata binatang tak paham,binatang pun ada perasaan jugak.Kalau tak takkan kita tengok kucing duk jilat bulu anak dia,itu apa tandanya?


BUNUH DIRI bukan jalan penyelesaian yang baik!Nyawa anda hanya boleh dicabut apabila TUHAN meninginkannya!Semuanya ALLAH dah tetapkan jadi tak payah lah kita duk sebuk nak mati awal kononya nak lari dari hari khiamat........Semua orang akan mati!Itulah lumrah kehidupan,kita sebagai hambaNya kena terima semua ini.....Fikirlah dengan baik sebelum anda melakukan sesuatu.TUHAN bagi kita otak dan akal supaya boleh membezakan buruk dan baik.....TERPULANGLAH

Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (HR. Muslim, 109)
Jika Allah berkehendak, dosa bunuh diri bisa diampuni, sebagaimana firman-Nya
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
Sesungguhnya Alloh tidak akan mengampuni dosa syirik, dan mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki.” (Qs. An-Nisa: 48)

No comments:

Post a Comment

Followers