Hye, strangers nice to meet you ^^

Sunday 10 April 2011

ORANG MELAYU?!


Nampak?Nampak?Ha mesti ada yang telah mengeluarkan air liurnya kerana terliur akan sambal belacan nie kan kan kan.....Orang melayu memang gemor makan sambal belacan ye tak?Duduklah overseas lama mana pun tapi benda alah nie jugak yang dicarinya bila balik MALAYSIA kan?Jangan tekejut kalau orang putih pun suka makan belacan walaupun muka diaorang merah padam sebab pedas,tapi still thumb up sambil berkata ouhh this is delicious...Urm hebat sangat ke sambal belacan nie?Kalau tak hebat takkan ada pepatah mengatakan MELAYU BOLEH?Tak gitu?Melayu memang boleh semua segi boleh.... Huh mesti kome konpius kan apa kene mengena dengan sambal belacan dengan orang melayu?Kalau ada sambal belacan ada lah orang melayu kalau tak ada sambal belacan tak ada lah orang melayu^^


Cakap pasal orang melayu nie kan apa yang simbolik sangat dengan orang melayu?Kaki hasad dengki?Urm betul jugak tu kalau tak takkan sanggup mak ABC membomohkan si mak DEF kan?So orang melayu nie suka sangat berhasad dengki.Sampai adalah tokoh yang mengatakan orang melayu takkan maju kalau hasad dengki masih ada dalam hati masing-masing. Betul tak percaya?Ok kalau time raya,kite tengok jiran sebelah beli set sofa baru.Anak dia sampai tak sempat pakai seluar terloncat-loncat gumbira mak sebenarnya kedekut tapi bile time raya mak berrtukar.Sebab apa tuan-tuan dan puan-puan sebab nak menunjuk jiran sebelah..Itulah dia orang Melayu kita pantang menyerah kalah.Kalau boleh apa yang jiran tukar semua nak ikut nak lawan sapa hebat.Apa la wehh benda macam nie pun nak kecoh-kecoh orang lain guna kain batik dan kain pelikat jadi langsir tak kecoh pun cap gajah duduk lagi tu...Korang ada?ada?


Lagi satu sifat orang Melayu yang nie memang favourite orang-orang yang middle age kata omputih,apa ke bendanya? Mengumpat.Tahukah anda mengumpat itu adalah satu dosa BESAR.Mati masuk NERAKA oiii. Sambil kupas bawang mak GHI pun mencuit mak JKL anak si MNO tu dah kahwin dengan orang kaya tapi tua guna bomoh lah tu. Astagfirullahalazim mak cik bawak mengucap,saya tau lah mak cik dengki tak dapat beli gelang sebesar rantai besi yang kuncikan rumah mak cik tu kan kan?Pantang tengok orang senang sikit,mulalah segala cerita dia nak bawak.Mengalahkan CNN,CNN pun tabik springgg.Dah jodoh dia dengan orang season(tak nak sakitkan hati org tua) nak buat macamana....Sebenarnya hati kita takkan tenteram kalau tengok orang lain lebih dari kita.Ini semuanya tak lain tak bukan hasutan SYAITAN.Cuba biasakan diri masa kupas bawang tu zikir ha larilah mahkluk gondol tu tak gitu?



So perbaiki lah imej orang Melayu supaya orang bangsa lain tak pandang serong bukan pandang serong jew malah pandang tepi,belakang dan depan pada kita.Sama-samalah kita jadi seorang insan yang suci hatinya sudah-sudahlah mengumpat nanti tuhan herotkan mulut baru tau tapi kala mulut dah herot still nak mengata tak ke buruk rupanya tu? (Apa yang anda perlukansekarang ialah IMAGINASI)



ok sampai ketemu dihari dan waktu yang sama Assalamualaikum^^

No comments:

Post a Comment

Followers